Website: Kemaskini Borang E-Recruitment Secara Online & KDB
7 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 06 April 2019, Pusat Internet (PI) Semop telah menerima kehadiran peserta yang ingin membuat semakan dan kemaskini boring E-Recruitment Secara Online di Pusat Internet Semop. Mereka terdiri daripada 2 orang peserta yang berumur 20 dan 21 tahun. Kelas bermula dari jam 2.30 hingga 3.30 petang.
Oleh itu, seperti yang kita ketahui untuk memohon masuk atau diserap masuk kerja kerajaan, calon hendaklah membuat permohonan secara online di Pendaftaran Pekerjaan khas buat warga Sarawak (E-Recruitment). Oleh itu, bagi calon yang belum membuat pendaftaran, calon hendaklah mendaftar terlebih dahulu, sila semak cara-cara pertama kali mendaftar dengan dan mesti mendaftar Sarawak ID dahulu. Calon hanya diminta untuk mengisi Nombor Kad Pengenalan, Kata Laluan dan maklumat asas sahaja. Untuk makluman peserta yang ingin membuat pendaftaran, mereka wajib mengisi email dan no telepon yang aktif untuk sebarang penerimaan pekerjaan.
Terima kasih dan syabas kepada peserta yang Berjaya mengisi borang E-Recruitment dengan jayanya. Semoga beroleh kejayaan dalam apa yang anda inginkan. Terima kasih.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :